Video: Lima Kali Ditikam Penyamun…


BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki cedera di bahagian bahu kiri, dada dan belakang badan selepas ditikam peragut di hadapan sebuah pasar raya berdekatan Alma, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.55 petang di Jalan Alma, di sini, mangsa berusia 40 tahun diekori oleh suspek lelaki yang berusia 19 tahun sebelum diserang dan dicedera menggunakan pisau.

Lapor BH Online, kejadian itu disedari sepasang suami isteri yang kemudian memberi bantuan, bersama dengan orang awam yang menyaksikan kejadian itu.


Menurut saksi, suspek yang bersenjatakan pisau bertindak mengejar mangsa dari hadapan sebuah pasar raya sehingga ke medan selera dengan menjerit meminta tolong.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian terus mengepung suspek dan mengikat tangan dan kakinya sebelum diserahkan kepada polis.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan dan terdapat tiga kesan tikaman di bahagian belakang badan dan dua kesan tikaman di bahagian dada kiri serta bahu mangsa.

Mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Polis telah menahan suspek dan juga turut merampas sebilah pisau yang digunakan untuk menikam mangsa. Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis SPT untuk disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. – MYNEWSHUB.CC
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==