[POLIS SIASAT SPRM] Polis siasat kes dakwaan hubungan sulit pegawai kanan SPRM

Fuzi mengesahkan PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung laporan pegawai kanan SPRM bersama isteri orang. Foto fail Bernama
SEPANG: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

"Siasatan berjalan ketika ini. Kami sedang kenal pasti, kalau perlu buat tangkapan kita buat tangkapan.


"Beri polis masa untuk menyiasat perkara ini. Tidak mudah bagi kami untuk mengesan dan sedang berusaha mengenal pasti siapa yang bertanggungjawab," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas aduan mengenai seorang pegawai kanan SPRM mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang.

Mohamad Fuzi sebelum ini dilaporkan mengesahkan bahawa polis menerima aduan mengenai perkara itu.

Menjawab satu soalan, Mohamad Fuzi berkata setakat ini tidak ada laporan polis daripada pihak SPRM berhubung dakwaan melibatkan pegawai kanan agensi itu.

-- BERNAMA
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==