Gadis 19 Tahun Ini Berjaya Melelong Daranya Pada Harga Lebih RM12 Juta Kepada Ahli Perniagaan Dari Abu Dhabi


Seorang gadis berusia 19 tahun yang berasal dari Amerika Syarikat telah mencetuskan kontroversi apabila dia mendakwa yang dia telah berjaya menjual daranya kepada seorang ahli perniagaan dari Abu Dhabi dengan harga melebih RM12 juta.

Gadis yang dikenali sebagai Giselle ini dikatakan telah berjaya menemui ‘pembelinya’ setelah dia menggunakan perkhidmatan Cinderella Escorts, sebuah laman web Jerman.


Cinderella Escorts ini merupakan sebuah platform yang terkenal kerana ianya memboleh gadis-gadis muda untuk menjual keperawanan mereka kepada lelaki-lelaki yang kaya di serata dunia.


Menurut Giselle, ianya seperti sebuah mimpi menjadi kenyataan setelah berjaya menjual daranya pada harga yang tinggi.

Tambah Giselle lagi, setiap wanita di dunia ini memiliki hak sama ada untuk menyerahkan dara mereka secara percuma kepada suami mereka, ataupun menjualnya kepada lelaki-lelaki kaya dengan harga yang tinggi.

“Saya telah membuat keputusan saya dan kini saya boleh menyambung pelajaran saya di luar negara, membeli hartanah dan melancong ke serata dunia. Transaksi ini membuka banyak peluang kepada saya.”

Di dalam sebuah kenyataan lain, Cinderella Escorts telah memberitahu bahawa pihak pengurusan mereka berasa berbangga kerana dapat membantu Giselle mengejar impiannya.


“Di dalam laman web kami, anda boleh menonton sendiri video-video yang telah dimuatnaik oleh gadis-gadis ini yang memberitahu sebab-sebab mengapa mereka mengambil keputusan untuk menjual dara mereka.”

“Gadis-gadis dari Australia, Europe, Afrika dan Amerika, serta Arab dan Asia masing-masingnya ‘berusaha’ untuk menjual dara mereka bagi mengejar impian dan cita-cita mereka.”

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==