Datuk Aliff Syukri naik angin lagi! "Harap je nama lelaki tapi mulut macam betina! Sesuka hati korang je kan mengata saya macam longkang," katanya.
Mana tak bengang, netizen fitnah kononnya dia ini adalah seorang yang kedekut sebab bagi gaji pengawal peribadinya cuma RM1000.
Apa lagi, bagi membersihkan nama baiknya, Datuk Aliff telah memuat naik satu video di Instagram bagi menjelaskannya.
Dengan mulutnya yang kecoh, dia menyuruh pengawal peribadinya yang bernama Joe untuk beri penjelasan.
"Siapa yang cakap tu, diorang tak tahu apa-apa. Background abang Joe diorang tak tahu. Abang Joe ni bekas ADC Kerabat. Sekarang ni gaji Abang Joe termasuk elaun semua, lima angka."
Pada mulanya Joe tidak mahu mendedahkan jumlah sebenar tapi selepas dipaksa dia jawab, "RM10,000. Semua RM10,000."
Walaupun penjelasan sudah diberi namun mulut netizen siapalah yang boleh tutup kan?
"Orang saje je sakat...gelabah...ni kalau org ckp dia pakai spender pagoda...mau dia bukak seluar nampak spender buat live."
"Ni pun nk bagitahu berapa gaji BG dia. Motif?
Sebelumnya, usahawan kosmetik ini ada menyatakan yang dia risau tentang keselamatannya. Semoga dengan kehadiran Joe sebagai pengawal peribadi boleh buat Datuk Aliff Syukri rasa selamat dan tenteram.
Bayar mahal-mahal mestilah kena berbaloi dengan khidmat dan servisnya, betul tak?
Sumber: CARI forum