'Cacilah Sebanyak Mana Pun Yang Mahu Mencaci' - Akhirnya Iqram Dinzly Luah Rasa Kecewa Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar


Beberapa minggu lepas, kecoh di laman Twitter apabila pelakon yang satu ketika amat popular, Iqram Dinzly telah dilemparkan pelbagai tohmahan yang pedas oleh netizen.

Rata-rata netizen mengatakan Iqram sudah tidak waras kerana mengamalkan ajaran yang salah. Tohmahan itu berlaku gara-gara gambar 'selfie' bersama arwah bapanya sambil ada 'lollipop' di dalam mulut arwah bapanya itu. 

Malah ada yang mengatakan fizikal Iqram jauh berbeza ketika beliau aktif berlakon dahulu. 


Namun, sebagai manusia biasa, kita tidak tahu apa yang dilalui oleh Iqram ketika ini. Dan terbaru, Iqram telah membuka mulutnya setelah diam membisu menerima pelbagai fitnah oleh netizen. 

Iqram mengucapkan terima kasih kepada netizen yang masih 'mengambil berat' akan kesihatannya. Ikuti luahan perasaan Iqram yang dimuat naik di laman Instagramnya. 



Rata-rata masih ada yang menyokong dan memberi kata-kata semangat kepada pelakon tersebut. Malah ada yang memberi sokongan moral dan mesej-mesej di ruangan komen. 



Walau apapun, tak salah jika mahu berseni dan mungkin eksperimentasi Iqram ini disalah erti.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==