Lawatan Raja Salman benar-benar menarik perhatian masyarakat di Malaysia. Bukan hanya kemewahan dari pesawat yang menerbangkan mereka ke sini, tapi juga rombongan yang dibawanya.
Di Malaysia, Raja Salman disambut dengan karpet merah, iringan lagu kebangsaan Saudi, 21 tembakan ke udara, jamuan makan malam hingga gelar doktor kehormatan yang akan diberikan. Ramai juga yang mengharapkan kehadiran Putri Ameera yang terkenal dengan kejelitaanya yang mempersona. Dalam masa yang sama rata-rata netizen masih mempersoalkan mengapa Putri Ameerah tidak mengenakan hijab seperti wanita-wanta muslim yang lain.
Ini jawapannya.
Lahir pada 6 November 1983, wanita cantik ini berkahwin dengan Pangeran Al Waleed bin Talal bin Abdulaziz al Saud pada ketika Ameerah berusia 18 tahun.
Antara alasan mengapa Ameerah boleh jatuh cinta pada Pangeran Al Waleed adalah kerana cara pemikiran mereka bersama yang progresif tentang wanita berhijab.
Mereka menganggap tidak ada apa isu perlu dibangkitkan jika wanita tidak mengenakan hijab.
Pada tahun 2014, Pangeran Al Waleed tidak mewajibkan memakai tudung di Kingdom Holding Company, syarikat miliknya. Syarikat itu dikatakan sebagai salah satu daerah kecil di Arab Saudi di mana wanita bebas tak berhijab.
Namun perkahwinan mereka berakhir dengan perpisahan. Setelah berpisah dengan Pangeran Alwaleed, Ameera bukan lagi sebahagian dari Kerajaan Arab Saudi.
Dalam sebuah temubual bersama media, Ameerah sempat ditanya, adakah penampilannya itu mendorong agar wanita tidak perlu berhijab.
”Saya tidak berkata begitu. Penampilan seseorang tidak boleh disalah ertikan. Jika ada wanita di Arab Saudi yang ingin tampil tidak berhijab mengkin kerana sesuai dengan generasinya. Itu adalah pilihan dan pendirian masing-masing. Generasi tempat kami sekarang sudah tidak sama lagi dengan generasi dulu. Ini adalah generasi yang sekarang,” tegasnya.
Ameerah turut menegaskan bahawa wanita Saudi yang tidak berhijab tidak akan menjadi golongan yang ke belakang atau ketinggalan zaman. Mereka bukanlah masyarakat kelas kedua.
Bagi penulis menghijabkan hati itu lebih penting. Bila anda tidak bersedia untuk berhijab, mengapa anda perlu memaksa diri?
Sumber: Hangat.com