Assalamualaikum admin, saya menulis dari fb adik saya. Tolong hide profile
Aduiiii saya tak tahu mcm mana nak cerita pasal isteri saya ni… saya sayang sangat2 isteri saya.
Kami ada 2 orang anak. Seorang lelaki berumur 6 tahun dan seorang perempuan yang baru berusia 5bulan. Isteri saya ni cantikk saya pun hensem anak2 dah tentu la comel2 lebih lagi yang 5 bulan tu comel sangat.
Masalah saya sekarang isteri saya tiap kali post gambar anak perempuan saya tu beratus ratus la orang like dan komen.. So keje dia mengadap hp nak balas komen pujian2 yang kata anak kami comel.. Rezeki isteri kot dua2 anak ikut muka dia. Tu yang lagi ligat balas komen2 dan pujian.
Kalau dah hari2 post gambar anak bayangkan berapa banyak masa dia habiskan kat hp. Tapi masalahnya sekarang saya selalu rasa terabai sebab kuat sangat dia main hp.
Seronok sangat orang puji tinggi melangit. Kadang anak2 dah tido pun main hp je. Gian dia main hp ni start sejak dia kerap post gambar anak kami. Kadang2 saya rasa isteri saya ni hobi dia sekarang suka seksa saya kot.
Saya taula cuaca panas, haritu mase berpantang dia boleh pakai singlet tali punya halus pakai short pants tergolek2 lalu depan saya. Taula dalam rumah tapi yang lawaknya siap berstokin tapi pakai mcm tu. Kerana sayang saya sabar tahan nafsu.
Ni pesanan untuk isteri2. Janganla pakai baju sexy maut time berpantang. Janganla pakai baju biasa korang pakai tahu korang panas tapi ade hati yang merana nanti. Paling saya terkejut nak tido dia boleh pakai baju tido satin renda2.
Allahuuu tak prihatin langsung. Dulu tempat tido dia kat lengan saya dada saya. Kalau saya takde sampai tak boleh tido. Ketiak saya pun dia cium2 dulu wangi katanya. Dari mula kahwin sampaila dia mengandung anak first then anak kedua mmg manja gila2.
Duduk saje2 kat rumah pun mesti baring sebelah saya peluk saya. Duduk depan tv tu kalau boleh tangan kaki nak bersilang silang dengan saya.
Bila isteri dah biasa mcm tu dengan saya, bila dia tiba2 berubah saya jadi sedih. Ketara sangat berubah sejak lahir anak no 2 ni. Dulu saya la paling dia sayang nak bermanja jeee dah macam kucing saya tengok dulu asyik nak melekat dengan saya sekarang jadi mcm ni..
Kalau saya tahu jadi mcm ni dari dulu dia datang dekat nak bermanja saya suruh dia peluk tiang je senang. Ni tak bila saya dah terbiasa bermanja manjaan dia pulak macam ni. Dulu even anak baru satu saya still nak balik cepat2 jumpa isteri sebab saya tahu stress2 penat balik keje kat rumah ada orang yang bermanja dengan saya.
Nak kata dia penat uruskan anak2 memang tak la. Sebab saya memang selalu tolong. Senang cerita saya lagi banyak jaga anak tapi takpe saya langsung tak mengeluh saya enjoy buat semua tu. Anak2 kami pun well behaved. Takde nye meragam2 buas bukan2. Ape la saya nak buat bagi isteri kembali mcm dulu. Kalau diajak bersama memang dia tak pernah tolak tapi tu bukan segalanya. Saya lagi suka cuddle2 manja2 ada our own sweet time tengok movie peluk2.
Kalaula dia penat ke apeke mesti dia tido ni tak asyik dengan hp. Mmg ghairah betul layan komen2 dari mana ntah datang nya orang byk2 like komen fb dia ada sampai 800,900 likes. Yang komen tak pyh ckpla gigih dia reply satu2. Saya baca komen kawan2 dia pulak memang tak ada yang puji saya langsung.
Kalau ada sejuk la sikit hati. Betul2 saya cakap saya hensem tau. Sikit orang tak pandang. Yang banyak puji2 anak saya tu tentu2 geng wanita hamil. Nak anak camnila apela haihhhh pelik orang perempuan ni. Nak anak buatla dik non oii.
Saya tak mintak banyak saya cuma nak dia jadi macam dulu manja sayang saya macam dulu je. Susah sgt ke yang??
Rasa macam nak campak je hp u tu kadang2. U dah tak sayangkan i ke yang oi?? Teruk tak teruk masalah kita ni sampai i kena mengadu dekat page KRT… wakakakakaka Kalau orang tauuu hilang kejantanan aku.
Semua ko punya pasal la isteri habis manis sepah dibuanggg.. Ingat sikit aku pun berjasa tau anak2 kita comel. Tak jadi nye ko sorang2.
Ada hashtag tau #kembalikanisteriku
Sumber: Kisah Rumah Tangga