Kentut Depan Pasangan Bukan Sahaja Tanda Anda Seorang Yang Jujur, Malah Membuatkan Hubungan Anda Berdua Berkekalan Lebih Lama


Bagi sesetengah orang berpendapat bahawa kentut dihadapan orang lain itu satu tindakkan yang kurang sopan dan kotor, namun sebenarnya ada rahsia disebaliknya.

Sebenarnya kentut ini merupakan salah satu karakter dan sifat seseorang, contohnya apabila anda sedang lepak dengan rakan, jika anda masih kekok untuk kentut dihadapan mereka, ataupun anda terkentut dihadapan mereka, anda rasa sangat malu dan segan untuk keluar degan mereka selepas itu, itu tandanya anda belum rapat dengan mereka.

Begitu juga bila berhadapan dengan pasangan anda, jika anda sudah selesa dengannya, terkentut dihadapannya pun adan sudah tiada rasa kekok, namun anda harus mengucapkan ‘maaf’ juga kerana sebenarnya perbuatan tersebut dianggap kurang sopan, apatahlagi jika kentut anda itu berbau! Apakah tanda-tanda jika anda sudah tidak segan atau malu bila terkentut dihadapan pasangan? Jom kita lihat

Selesa dengan pasangan anda


Jika dahulunya ketika mula-mula kenal, sanggup menahan kentut kerana takut jika terkentut dihadapan pasangan, takut berbau dan malu. Tetapi bila sudah mula kenal dan sudah terbiasa, kentut depan pasangan hari-hari pun tidak rasa kekok. Bukan menandakan anda seorang yang kurang sopan, namun anda sudah mula rasa selesa dengannya. Kadang-kadang kentut ini bukan boleh ditahan-tahan kan?

Penerimaan pasangan

Ada sesetengah pasangan menganggap ianya satu perbuatan yang kurang sopan, tetapi jika benar anda sayangkan pasangan anada, anda seharusnya menerima tabiat biasa seorang manusia itu dengan rela hati. Manusia mana yang tidak kentut kan! Cuma mungkin cara itu yang membezakan, bagi mereka yang suka kentut merata ini seorang yang lucu dan spontan. Jika anda boleh tahan dengan kerenah itu, hubungan anda dengan pasangan akan bertahan dengan lebih lama.

Kentut adalah perkara semulajadi manusia

Manusia yang normal sudah pasti akan kentut! Ianya membuang lebihan angin dalam badan dan untuk pengetahuan anda, kentut menunjukkan perut anda sihat!

Bukan semua pasangan boleh menerima sifat semuajadi manusia ini, bagi mereka, jika hendak kentut, biar la tahu adabnya. Namun itulah fitrah seorang manusia, sama ada didepan pasangan ataupun ketika bersendirian, sudah pasti anda akan kentut!

Sumber: Pesonapengantin.my
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==