Tidak dapat dinafikan, setiap kali rakan baik anda mendirikan rumahtangga, gurauan malam pertama pastinya akan singgah di telinga pasangan pengantin. Sementara itu bagi Raf Yaakob yang baru saja mendirikan rumahtangga bersama Mawar Rashid, ceritanya berbeza pula.
Perkara itu dikongsikan oleh Raf di laman Instagramnya. Dipendekkan cerita, Raf terlibat dalam perlawanan bola pada hari perkahwinannya. Maka lepas habis nikah, sempat jugalah ambil gambar dalam bilik sebelum bergegas ke lokasi perlawanan bola.
Semuanya berjalan lancar dan pasukan Raf siap menang lagi. Apa lagi, lepas main bola terus Raf pecut ke hotel bagi meraikan hari bahagia bersama isteri namun nampaknya Mawar terlebih dulu tidur.
Manakala pelbagai reaksi ditinggalkan di laman Instagram Raf dan ada juga yang menasihatkan agar Raf bersabar menunggu waktu bulan madu nanti. Realitinya, pengantin pastinya penat melayan tetamu di hari persandingan
Sumber: ROTIKAYA