Aku harap cerita ini jadi peringatan kepada mereka di luar sana. Cerita ini mungkin agak gross dan sesetengah dari anda akan kagta ‘omg gross gila dia ni’ or whatever.
Ye aku tahu. Btw, aku perempuan. Awal 20-an. Dan aku penggemar p#rn. Ye, p#rn. Dosa? Sesungguhnya aku tahu benda ni dosa, malah aku ni kekadang rajin gak carik vid pasal dosa dosa penggemar p#rn dan balasan di akhirat kelak.
Tapi ya, nafsu tak pernah puas.
Sedikit intro, aku terjebak ketika aku belasan tahun. Awal belasan tahun. Bermula dengan terlihat scene scene menghairahkan di movie movie tempatan dan mat salleh.
Zaman tu internet pun takde so aku belum ekstrem ke mencarik di laman sesawang. Family aku pulak sejenis cakap lepas tentang s3ks, kemaluan, dan you know well. So, aku ni dari kecik dah terdedah. Bukan sejenis naif.
Through times, internet muncul dan ya aku lebih ekstrem. Aku cari, cari dan cari. Dan hingga kini, paling lama aku boleh bertahan untuk jauh dari p#rn hanya dua minggu. Ya aku parah.
Dari satu cerita s3ks ke cerita s3ks dan dari satu video ke satu video yang lain. Aku tahu banyak web web hitam. Aku ketagih walau muka aku bukan macam penagih. I found joy. I damage my brain. I just like this. Dan dari luaran, nobody knows. Nobody.
Aku sopan, nampak baik, pelajar pandai, masuk sekolah elit, berjaya masuk uni local yang top dan antara penerima dean list. Tapi aku selalu susah.
Aku ada family yang tunggang langgang. Adik beradik jenis bergaduh setiap masa. Ibu yang bermaksiat. Adik beradik pun sama bermaksiat. Maksud bermaksiat aku ye yang teruk tu. Zina.
Arwah ayah banyak berhutang. Makan tak cukup walau duit banyak. Ya, aku selalu pelik mana pergi duit duit aku.
Elaun bulanan aku selalu habis sebelum waktunya. Padahal aku bukan jenis makeup atau shopping baju setiap bulan. Hujung bulan makan maggi.
Hidup selalu tak gembira. Rasa lonely walaupun kawan berderet. I find this life is hard. Kekadang rasa nak bunuh diri.
Dan setiap kali balik rumah aku jadik malas nak solat. Aku pura pura period. Aku lemah. Aku tak kuat iman. Aku jugak perasan aku selalu terlepas rezeki. Literally terlepas.
Contoh macam ada makan makan free, time tu aku selalu termiss sebab sakit perut ke tak boleh datang ke puasa ke. Dan it happens almost every day.
Ye setiap hari aku terlepas rezeki. Aku jadi sedih. Aku penat. Hidup tak gembira. Kekadang aku ada jugak solat duha tapi ye aku masih tak murah rezeki.
Sekarang aku cuma ada 30 ringgit dalam tangan untuk aku hidup sampai hujung bulan. Ye, ni kesan betapa sempit nya rezeki aku. Harini pun aku hanya makan maggi.
Aku jugak selalu terlepas peluang peluang yang baik dalam hidup. Contoh macam peluang pergi trip free. Peluang jadik wakil sukan.
Peluang masuk pertandingan hebat. Walau peluang tu dekat ya tapi rezeki aku tersekat. Aku terlepas semua ni.
Aku takut. Bila aku solat taubat aku tak mampu menangis. Ni ketakutan terbesar aku. Aku tak mampu menangis menghadap tuhan. Terlalu tebal kah dosa aku dan hitam hati aku mungkin sampai aku tak mampu menangis walaupun dipaksa. Aku cuba jaga solat lima waktu.
Walau aku berjaya, aku rasa aku masih belum cukup. Aku rasa Allah sudah tidak mahu menerima hambanya yang hina ni.
Aku dalam proses untuk berubah walau susah walau payah. Aku janji dengan diri aku walau seteruk pun aku, aku masih mahu jaga kehormatan aku sebagai wanita. Walau aku kekadang masih terlanjur di laman sesawang aku harap dia alam reality aku masih kuat. Dan walau seteruk ini aku, aku masih menaruh hati kepada lelaki lelalki yang baik. Yang alim. Yang sopan. Tapi bila aku nak doa agar jodoh aku dengan lelaki type A ni, aku jadi suram. Aku jadi sedih. Aku tahu aku tak layak. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Dan ya aku ni tak baik. Realitinya.
Doakan aku kawan alam maya. Selitkan aku dalam doa kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Aku penat hidup tanpa berkat. Hidup aku suram. Rezeki aku sempit. Bahagia untuk aku takde. Aku nak berubah. Doakan aku tabah.
Kredit : Dina via http://sinarhariani.com