"Dia Ni Pakai Baju Koyak Saja Minta Simpati, Jangan Beli Kat Dia"


Ketika zaman ini semuanya dinilai dengan paras rupa dan wang ringgit. Jika individu itu cantik dan bergaya, dia akan disanjung dan dihormati semua. Namun jika pakaiannya lusuh dan compang camping, maka kutukan dan hinaan menjadi makanan. 

Perkongsian dari aktivis sosial, Syed Azmi di laman Facebooknya baru-baru ini menceritakan pengalamannya apabila dihalang membeli buah-buahan yang dijual oleh seorang lelaki dalam keadaan yang tak terurus. 

"Ketika dalam perjalanan pulang ke bandar, kami terjumpa lelaki ini. Dia berada di luar Masjid Mukim Peringat, Kota Bharu"

"Dia pada mulanya duduk di atas tanah dan menjual limau dengan harga RM10 sekilo. Kawan saya bertanya jika kami boleh membelinya kerana kami akan melawat beberapa tempat dan tiada buah tangan yang nak dibawa ke sana"

"Pakcik ini bungkuskan kepada kami. Pada masa ini saya tak berasa kasihan pun padanya walaupun dia memakai baju koyak. Menurut pakcik tu, dia kadang-kadang tumpang berteduh di masjid. Dia nampak gembira ada orang datang membeli kesemua buah-buahan yang dijualnya"


Ketika Syed Azmi sedang melayan pakcik tersebut, satu suara menjerit dengan biadap kedengaran dari belakang. 

"Tak payah nak beli kat dia. Pakai baju koyak nak minta simpati je tu. Dah nasihat banyak kali pun masih pakai baju koyak".

Syed Azmi dan rakannya yang lain cuba mengendahkan lelaki tersebut walaupun lelaki itu masih bercakap dengan kuat dan tidak berhenti-henti mengutuk pakcik tersebut. 

"Pakcik itu menghantar saya ke kereta dan meminta maaf. Saya kata saya masih menganggap dia orang yang baik. Kalau dia mahu tipu saya tipulah. Tapi saya dapat buah-buahan yang menarik ini. Tu je. Jual beli. Marketing."

Lelaki yang menjerit dan biadap itu bercerita buruk mengenai pakcik tersebut kononnya dia seorang penagih dadah berasal dari Siam. 

"Saya faham kalau yang marah-marah nak lindungi saya dari ditipu. Saya faham tapi ada cara lain lagi molek. Pakcik tu pun tak balas atau kutuk balik. Dia cuma senyap saja"

"Saya malu, kalau tak nak beli atau derma takpe. Tapi jangan sampai halang orang lain". Malah Syed Azmi juga terfikir mahu memberi sebungkus buah limau kepada lelaki terbabit tapi dia membatalkan hasratnya kerana bimbang dia bakal mengeluarkan kata-kata kesat yang lain pula
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==