Laut yang mana tidak bergelora? Bumi yang mana tidak ditimpa hujan? Manusia biasa mana yang tidak berdosa? Sebagai hamba-Nya yang kerdil, banyak dosa telah kita lakukan dalam sedar ataupun tidak, namun apa yang menyedihkan, kita seolah menjadi penghukum sesama sendiri yang sepatutnya tugas Allah yang hakiki.
Perkongsian selebriti Instagram Fynn Jamal mengenai keredaan seorang bapa menerima anaknya yang hamil dan melahirkan anak luar nikah sewajarnya jadi pengajaran untuk kita tidak ‘memilih’ dosa orang lebih teruk berbanding dosa orang lain.
Saya ada anak luar nikah
Rancang mahu hantar ke baby hatch
Selepas 6 jam baru ke hospital swasta potong tali pusat
Saya cakap nak balik sebab tak mampu bayar bil
Ayah on the way ni
i read this message crying.
out of joy.
out of pride.
bunda yang gagah. ternyata didapatkan kekentalan dari ayahnya.
maksud aku, berapa ramai mampu memberi respon sehebat sang bapa?
“ayah on the way”.
subhanallah.
syurgalah untukmu wahai ayahanda.
kita perlukan lagi lebih ramai seperti sang bapa penulis mesej ini. yang mampu bertenang dengan musibah— yang sudi untuk sabar menanti terjelasnya hikmah di sebalik dugaan ????.
Kahwin seminggu kemudian
masyarakat patut lebih memaafkan.
semua orang buat silap. hanya kerana dosa kita berbeza2 tak menjadikan dosa kita lebih baik dari dosa orang.
kalaulah dosa mempunyai bau;
berapa ramai agaknya yang mau berdamping dgn kita.
aib kita tersimpan.
alhamdulillah.
jgn fokus aib orang.
salah dia— hak ????.
this email really warms my heart. i HAD to share (by permission of course).
i hope this warms yours too.
tahniah mummy sebab bertahan. tahniah kawan2 mummy sebab tidak prejudis.
tahniah atok sebab atok.
syurgalah untuk kalian.
amin.
Bahagia sebagai ibu tunggal
Sumber: Fynn Jamal via OHBULAN