Gara-gara memaksa beberapa orang jururawat untuk berpakaian seksi dan menari tarian menghairahkan d depan pengurusan hospital, sebuah hospital di Korea Selatan telah mencetuskan kemarahan orang ramai apabila rakaman video oleh seorang pengunjung tersebar di internet.
Insiden tersebut dikatakan berlaku ketika acara sukan tahunan di hospital Sacred Heart di utara Chuncheon.
Kebanyakkan jururawat yang baru bertugas dikatakan tidak dapat menolak permintaan daripada pengurusan hospital tersebut dan jururawat tersebut juga telah dipaksa untuk memakai baju seksi dan sekuar pendek semasa membuat persembahan.
Disebabkan hal tersebut, Persatuan Jururawat Korea Selatan telah meminta agar siasatan menyeluruh mengenai insiden tersebut dijaankan.
Menurut persatuan tersebut, jururawat di Korea Selatan terpaksa menanggung bebanan kerja yang berat, kerap berkerja lebih masa selain mendapat gaji yang rendah.Bagi mereka, insiden tersebut telah menghina dan menyinggung perasan para jururawat.
Setelah insiden tersebut tersebar di internet, ramai para jururawat tampil membuat kenyataan bahawa selain melakukan tarian yang sama mereka turutdisuruh berbaring di lantai seta mengangkangkan kaki dihadapan pesakit dan penjaga.
Kementerian Pekerjaan dan Buruh berkata ia sedang menyiasat aduan mengenai insiden yang telah tersebar tersebut.