Kelayakan Piala Dunia: Malaysia 1 Bahrain 4



ARKIB : 22/10/2007

MANAMA, Bahrain – Laluan skuad bola sepak Malaysia tampak semakin sukar selepas mengalami kekalahan 1-4 kepada Bahrain pada perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2010 Zon Asia di Stadium Nasional Manama di sini, semalam.

Kekalahan tersebut kini menyukarkan laluan skuad bimbingan B. Sathianathan untuk melangkah ke peringkat seterusnya, namun masih ada ruang jika pemain negara dapat melakukan kejutan pada saingan perlawanan kedua selepas ini.

Kelebihan bermain di tempat sendiri apabila menanti kunjungan Bahrain untuk saingan perlawanan kedua di Stadium Shah Alam, 28 Oktober ini, adalah peluang terbaik untuk mereka melakukan kejutan bagi melayakkan diri ke pusingan kedua.

Tidak mustahil Bahrain yang menduduki ranking ke-98 dunia dan ke-11 di Asia mampu ditewaskan jika anak didik Sathianathan mempamerkan aksi paling mantap dan bertenaga.

Pada minit ke-16 penjaga gol skuad kebangsaan, Syed Adney Syed Hussein tewas lagi hasil jaringan Jaycee Okwunwanne bagi membolehkan Bahrain mendahului 2-0.

Begitupun, hasil usaha keras anak didik jurulatih B. Sathianathan, pemain gantian Mohd. Buyamin Umar yang masuk menggantikan Azi Shahril Azmi berjaya merapatkan jurang menerusi jaringannya minit ke-47.

Bahrain mengukuhkan kedudukan apabila menambah gol ketiga menerusi Mahmood Abdul Rahman pada minit ke-56 sebelum menambah gol keempat hasil sepakan penalti Alaa Hubail.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2xKDU9u
© Utusan Melayu (M) Bhd
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==