ANTARAPOS
JOHOR BAHRU: Jenazah Allahyarham Shyzlin Hathaman, 43, yang menjadi mangsa keldai dadah di Peru selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh di Johor Baru kira-kira 9.30 malam tadi.
Jenazah tiba di kampung halamannya semalam pada jam 2.30 petang yang mana penghantarannya diuruskan oleh pelbagai termasuk Biro Kebajikan Umno Malaysia (BIKUM).
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tun Hussien Onn, Larkin pada pukul 8.15 malam dan dikebumikan bersebelahan pusara sepupunya Norabdah Mahmood, 47, yang meninggal 23 September lalu.
Shyzlin merupakan mangsa keldai dadah yang dipenjara dan terkandas di Lima, Peru selama lapan tahun.
Beliau meninggal dunia pada 7 Oktober lalu selepas menghidap beberapa penyakit seperti asma dan kencing manis.