Beberapa hari lalu, blog ini ada menyiarkan gambar seorang lelaki bersama seorang wanita yang dipercayai sedang berada di sebuah pusat judi.
Berdasarkan bentuk tubuh badannya, ia mirip dengan seorang Ketua UMNO Bahagian di Selangor yang selalu gambar-gambarnya tersiar di pelbagai media.
Mereka yang biasa dan selalu mengikuti perkembangan politik UMNO di Selangor, tentu saja mengenali siapa pemimpin UMNO yang dimaksudkan itu.
Setelah beberapa hari berlalu, Ketua Gerakan Baju Merah yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos yang diketahui aktif dalam usaha memerangi judi haram di Selangor, akhirnya tampil mengesahkan lelaki dalam gambar itu adalah Zein Isma Ismail, Ketua Penerangan UMNO Selangor merangkap Ketua UMNO Bahagian Subang.
Sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah portal, Jamal berkata, Zein Isma ketika itu adalah sedang melakukan risikan mengenai judi haram di Selangor.
Dia (Zein Isma) ada ikut kita buat risikan, lagi dia, orang (pengusaha pusat judi) tak kenal sangat, kata Jamal lagi.
Hahahahahaha.....iyolah tuuuuu.....(ShahbudinHusin 17/10/2017).