Farhan kembali ke skuad Sukan SEA



ARKIB : 02/11/2007
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD 
KUALA LUMPUR – Sayap kanan, Nor Farhan Muhammad yang diketepikan daripada pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia menentang Bahrain, bulan lalu kerana kecederaan, disenaraikan semula dalam skuad 28 pelatih bola sepak ke Sukan SEA Korat, bulan depan.

Jurulatih negara, B. Sathianathan yang mengumumkan senarai itu semalam, turut menamakan lapan muka baru iaitu Chun Keng Hong, Zamri Chin, Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad, Azamuddin Akil, Azrul Ahmad, Bobby Gonzales, Kamarul Afiq Kamaruddin dan Mohd. Nizam Abu Bakar.

Agak mengejutkan kali ini ialah tiadanya Mohd. Sabre Mat Abu yang disenaraikan dalam 18 pemain ketika Malaysia dikalahkan Bahrain 4-1 di Manama pada 21 Oktober lalu sebelum digantikan oleh S. Subramaniam apabila kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan di Shah Alam, Ahad lalu.

Mereka akan melapor diri ke Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini untuk merebut tempat dalam skuad bawah 23 tahun negara ke Korat yang bakal diputuskan selepas mengharungi empat perlawanan persahabatan dari 10 hingga 21 November ini.

‘‘Kami akan menentang Bawah 23 Thailand di Bangkok pada 10 November ini, skuad kebangsaan Yemen dan Maldives (14 dan 17 November) serta Bawah 23 Bostwana (21 November), ketiga-tiganya di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

SUMBERArtikel Penuh: http://ift.tt/2yu0uaE
© Utusan Melayu (M) Bhd
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==