[GILA KINZIR] warga asing huni kuarters guru

Nak tunggu laporan kejadahnya, pergi je lah tengok sendiri, bukan jauh pon

IPOH: Jabatan Pendidikan Perak sedang menunggu laporan penuh daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Perak berhubung dakwaan warga asing menghuni bangunan kediaman guru di Klian Intan di Pengkalan Hulu, dekat Gerik. 
Pengarahnya, Mat Lazim Idris berkata, beliau meminta laporan itu sebaik menerima maklumat mengenai dakwaan berkenaan yang disiarkan dalam sebuah portal berita beberapa hari lalu.
Katanya, laporan itu bertujuan mengetahui status sebenar bangunan empat tingkat yang dikatakan menjadi penempatan warga asing itu.
"Setakat ini, kita sedang menunggu laporan penuh secara lisan daripada PPD Hulu Perak untuk mengetahui status secara lengkap mengenai kehadiran warga asing di kuarters itu.
"Jadi, saya hanya akan dapat membuat kenyataan penuh selepas menerima laporan lebih terperinci itu nanti," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah portal berita mendakwa bangunan rumah pangsa empat tingkat yang sepatutnya dikhaskan untuk kakitangan pendidikan, sebaliknya menjadi penempatan warga asing sejak sekian lama.
Mat Lazim berkata, pihaknya akan merujuk kepada Kementerian Pendidikan sejurus laporan penuh itu diperoleh nanti untuk tindakan lanjut. - BH
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==