Angkara Suami, Ezlynn Mengamuk Di Instagram


MENJADI anak seni mahupun public figure, sudah pasti peminat dan netizen mahu tahu perkembangan dan kisah hidup mereka.

Lebih-lebih lagi jika artis itu mendirikan rumah tangga sesama rakan artis atau individu yang terlibat dengan produksi.

Bagi penyanyi Ezlynn, mungkin perkahwinan bersama suaminya yang juga suatu ketika dahulu merupakan pengurusnya merupakan cabaran besar dalam hidupnya.

Ini kerana khabarnya rumah tangga yang dibinanya bersama Adam Fahmy Shamsudin selama enam tahun itu sedang retak menanti belah apabila mereka kini sedang ‘berperang’ di mahkamah dalam kes perceraian mereka yang sudah tertangguh sejak tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, nampaknya kesabaran penyanyi Hi Hi Bye Bye ini diuji sekali lagi apabila khabarnya suaminya itu seolah-olah ‘merompak’ rumahnya sendiri.

Insiden ini diberitahu sendiri Ezlynn di laman Instagramnya. Ezlynn turut memuat naik keadaan rumahnya yang tidak berpagar dan almari yang dikosongkan.


“Barang hilang lagi, kena rompak. Aku kerja hari-hari penat cari duit kau ambil semua duit aku! Sekarang barang-barang semua kau ambil kau rosakkan rumah.

“Kau buat hutang aku tanggung semua. Aku diam kau naik kepala. Kau memang jahat!

“Suami tak guna, manager tak guna. menyesal aku kenal kau seumur hidup aku. Hutang tak mahu bayar asyik bercuti saja. Kerja tak mahu,” tulisnya di laman Instagram.



Dalam pada itu, penyanyi itu telah membuat polis ekoran apa yang berlaku.

“Saya sampai ke rumah kira-kira jam 7.30 malam dan melihat keadaan rumah ‘dicerobohinya’ lagi. Sebelum ini, sudah dua kali saya buat laporan polis, tetapi nampaknya dia tak pernah serik. Sekali lagi dia buat hal sama.

“Saya tidak menunggu lama untuk ke balai polis di Uptown, Damansara, bagi membuat laporan, kira-kira jam 8 malam. Pihak polis juga sudah menghubunginya untuk datang membantu siasatan. Malah, dia juga mengaku kepada pihak polis, dirinya bertindak masuk ke rumah saya kali ini,” katanya dipetik BH Online.

Tambah Ezlynn lagi, apabila dia tiada di rumah, suaminya itu kerap bertindak demikian. Dia turut berang dengan tindakan Adam yang mencabut pagar rumahnya.

“Habis semua barang berharga dia ambil, hingga tiada apa yang tinggal untuk saya. Daripada barang elektronik, kelengkapan riadah hinggalah yang berharga. Bayangkan kotak peti keselamatan pun dia ambil,” katanya.

Terdahulu, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya itu pada April lalu mengikut Seksyen 47 (5) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Perbicaraan lanjut mengenai penceraian pasangan ini akan berlangsung pada 23 Oktober depan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==