Fakta info : Penyakit tiroid semasa hamil.

Fakta info : Penyakit tiroid semasa hamil. | Assalamualaikum wbt. Seingat cikla, pada awal trimester pertama ada ujian darah yang perlu dilakukan oleh ibu hamil untuk menentukan samada hormon tiroid ok ke tidak. Kalau korang nak tau ada sesetengah ibu yang mempunyai masalah hormon tiroid semasa mengandung. Tapi, ada pulak sesetengah kes tu, masalah ni hanya berlaku sepanjang waktu si ibu tu mengandung je, nanti lepas bersalin ia akan hilang.

Walaupun bagaimanapun, penyakit tiroid ini tetap memberi risiko pada ibu dan bayi di dalam kandungan jugak. So, sebab itulah si ibu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Ini sangat penting! 

Penyakit tiroid semasa hamil.

Oleh itu, dengan rawatan yang sesuai diberikan, si ibu boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan yang diberikan jugak mungkin akan diubah dos ubat secara berkala mengikut kesesuaian di samping ujian darah serta ujian lain yang difikirkan perlu akan dilakukan jugak.

Penyakit tiroid semasa hamil.


Walaupun sesetengah pesakit akan diberi rawatan iodin beradioaktif, tapi ia tidak akan diberikan pada pesakit yang mengandung. Selain itu, ada sesetengah few  ibu yang mengalami masalah tiroid selepas bersalin dan keadaan ini dikenali sebagai postpartum tiroiditis. Biasanya, paras hormon tiroid si ibu yang mengalami masalah hormon tiroid akan kembali ke normal dengan pantas. 

Namun, ada sesetengah ibu mengandung jugak mungkin akan mengalami keadaan hipotiroidisme pada masa hadapan. Tapi, korang kena tau yang ujian pengesanan atau ujian darah hormon tiroid bukanlah pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan mengandung (antenatal).

Cikla rasa ramai yang tak tau yang penyakit tiroid ni boleh menyebabkan kematian kalau tak dirawat dengan segera, terutama bila ia melibatkan ibu yang mengandung dan bayi dalam kandungan si ibu. Kesan dari ini akan menyebabkan keguguran, kelahiran pra matang, janin kecil dan kecacatan mental. 

Biasanya, kes sebegini akan diletakkan di bawah pengawasan doktor pakar di 'combine clinic' iaitu doktor pakar perbidanan dan doktor pakar endokrin. Tapi, korang janganlah risau, sebab ia selamat dan mudah dirawat.


Sumber Utusan Online.

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==