Penjaga Gol Indonesia Maut Bertembung Rakan


JAKARTA – Seorang penjaga gol yang beraksi untuk pasukan division utama di Indonesia maut selepas bertembung dengan rakan sepasukan semasa sebuah perlawanan liga sedang berlangsung.

Choirul Huda, 38, dikejarkan ke hospital pada hari Ahad (semalam) tetapi disahkan meninggal dunia sejurus selepas tiba, kata doktor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web kelabnya – Persela FC – Dr. Yudistiro Andri Nugroho berkata, Huda mengalami “kesan pada dada dan rahang bawah.”

Dia menambah “analisis awal” mencadangkan “kemungkinan trauma kepala dan trauma leher.”

Tonton video di bawah untuk melihat detik kejadian.

Dr. Nugroho yang bertugas di Hospital Dr. Soegiri Lamongan di Lamongan, Jawa Timur berkata, perlanggaran itu mengakibatkan Huda “terhenti pernafasan dan menyebabkan serangan jantung.”

Beliau berkata, pasukan perubatan cuba untuk memulihkannya tetapi selepas sejam tiada “refleks tanda-tanda kehidupan normal.”

Pertandingan berlanjutan, dengan Persela mengalahkan Semen Padang 2-0.

Pihak Persela berkata, ribuan peminat kemudian menghadiri pengawasan lilin untuk menghormati penjaga gol yang membuat lebih daripada 500 penampilan liga untuk satu-satunya sahaja kelabnya itu.

“Terima kasih kerana dedikasi yang berterusan,” menurut catatan di akaun Instagram kelab itu.

“Terima kasih atas inspirasi yang anda berikan kepada Persela, Lamongan dan bola sepak Indonesia.”

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==