Johan 'Kantoikan' Ozlynn Hamil Anak Kelima?


Peminat mula kecoh bila dengar pelakon cantik, Ozlynn dikhabarkan sekarang ini sedang hamil anak kelima.

Suaminya, Johan dikatakan tidak sengaja mendedahkan perkara tersebut di dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram.

Ayat yang dikeluarkan Johan seolah-olah memberi tanda mengenai berita gembira tersebut.



"Mengenangkan saja ini. Diorang dah tahu belum?" katanya.

Walau bagaimanapun Ozlynn meminta suaminya itu diam sambil bergurau hendak menumbuknya.


Rata-ratanya membuat spekulasi 'mengenangkan' itu bermaksud Johan sedang memikirkan keadaan Ozlynn yang sedang hamil.

Ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dari pengikutnya.

"Dengar macam sis pregnant ja ye. Hehe tapi tak nak beritahu lagi ye.

"Haha. Wah nak dapat baby baru lagi ke? Tahniah.

"Berbadan dua ye. Abang Johan dah terlepas cakap. kalau betul tahniah. Alhamdulillah."


Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq dan Cantiq.

Setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh pasangan ini. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: CARI forum
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==