‘Handsome Macam Daddy Dia” – Baru 7 Tahun, Ramai Puji Anak Lelaki Eizlan Yusof Kacak Macam Bapanya


Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof sememangnya diketahui mempunyai wajah tampan meskipun usianya kini sudah mencecah 46 tahun. Sejak dari tahun 1990-an, ramai yang kagum dan juga memuji kekacakan aktor ini.

Tak keterlaluan juga jika dikatakan makin lama makin berseri wajah Eizlan Yusof. Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu Eizlan juga mempunyai anak lelaki yang sangat kacak.


Menyapa anak lelakinya itu sebagai Abang Yeep atau nama sebenarnya, Zareef Yusof, 7 wajahnya memang saling tak tumpah dengan Eizlan.



Baru-baru, Eizlan memuat naik gambar Abang Ayeep yang menunjukkan gambar lamanya bersebelahan dengan anaknya itu.


Ramai yang memberi komen positif dan menganggap anak lelakinya itu ‘mengambil aura’ ayahnya itu.

“Handsome macam daddy dia!”

“Abg Ayeep ambil aura daddy rupanya..”

Begitulah antara komen yang diberikan. Sebelum ini Eizlan ada memberitahu anaknya itu pemalu lebih-lebih lagi selepas video mereka anak beranak menjadi viral awal tahun lalu.


Selain Zareef, Eizlan dikurniakan dua anak lain bersama bekas isterinya iaitu Vie Zaara, 9 dan Vie Zaalia, 4.

Sumber: IG Eizlan Yusof
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==