Haiwan Purba Berusia 600 Tahun Ditemui Mati Di Vietnam, Satu Petanda Buruk Menurut Mitos!


Menurut mitos masyarakat di Vietnam, terdapat ‘dewa kura-kura’ yang melindungi kehidupan dan masyarakat mereka. Kepercayaan ini telah berkisar semenjak abad ke-15 lagi. Masyarakat memuja ‘dewa kura-kura’ ini kerana ia dipercayai memberi sumber kebaikan dan kemakmuran.


Dengan kepercayaan yang telah diturunkan secara turun temurun selama beratus tahun, apabila ‘dewa kura-kura’ ini muncul di permukaan air, ia memberi petanda bahawa perkara yang besar dan baik akan berlaku.

Pada 20 Januari 2016, ‘dewa kura-kura’ tersebut telah muncul dari permukaan air di Vietnam. Pada mulanya masyarakat menjadi teruja kerana menganggap berita baik akan berlaku. Malangnya, ‘dewa kura-kura’ tersebut telah ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.


‘Dewa kura-kura’ ini sebenarnya adalah satu spesis labi-labi terbesar di dunia yang hidup di dalam air tawar. Habitat asalnya ialah dari Sungai Yangzte dan Sungai Merah di China.


Nama saintifik bagi haiwan ini ialah Refutus swinhoei. Para penyelidik berkata spesis labi-labi ini sudah hampir pupus dan jumlahnya hanya terdapat beberapa ekor sahaja di dalam dunia. Setakat ini dua ekor labi-labi tersebut telah ditemui di Vietnam dan dua ekor lagi ditemui di China.

Pada tahun 2011, labi-labi ini telah ditemui oleh sekumpulan tentera Vietnam di Tasik Hoan Kiem, Hanoi dan telah dirawat serta dipindahkan ke pusat pemuliharaan haiwan selama 3 bulan kerana mengalami kecederaan.


Menurut pakar veterinar yang telah merawatnya, labi-labi purba yang dinamakan Cu Rua ini mempunyai berat 200 kilogram dan telah berusia lebih 600 tahun. Cua Rua bermaksud ‘nenek moyang Vietnam’ dan masyarakat Vietnam mempercayai bahawa Cu Rua adalah jelmaan Raja Le Loi yang berkuasa pada abad ke-15. Raja Le Loi adalah raja yang telah membebaskan Vietnam dari taklukan Dinasti Ming pada abad ke-15.

Masyarakat Vietnam sentiasa menantikan kelibat Cu Rua muncul di permukaan air Tasik Hoan Kiem kerana mempercayai, sesiapa yang dapat melihat labi-labi purba ini, ia akan memberi tuah kepada diri dan keluarga.


Apabila labi-labi ini telah ditemui mati, masyarakat Vietnam mempercayai dan berasa khuatir satu perkara buruk akan berlaku. Namun pakar veterinar dan penyelidik mengesahkan kematian labi-labi ini berpunca dari perubahan cuaca dan sebab semulajadi.

Samada labi-labi ini telah berusia lebih 600 tahun dan membawa kuasa ajaib, semuanya terpulang kepada kepercayaan masyarakat Vietnam itu sendiri.


Apa yang penting, para saintis mengesahkan spesis labi-labi terbesar di dunia ini merupakan spesis labi-labi paling unik dan jarang ditemui di dunia selepas Lonesome George, spesis kura-kura gergasi tunggal yang berada di Pulau Abingdon, Galapagos. Kedua spesis ini merupakan spesis kura-kura paling terancam di dunia dan hampir pupus.
Sumber: Era Baru
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==