Fattah Amin Jadi Hantar Rombongan Tak Hari Ni?


Dengar ceritanya, netizen sampai 'termimpi-mimpi' dek penangan spekulasi pertunangan antara Fattah Amin dengan Fazura.

Sebelum ini, dunia artis kecoh dengan desas-desus mengatakan pasangan itu bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November. Jadi ke tak sebenarnya ni? Apa kata Fattah?

“Saya minta semua pihak terus mendoakan yang baik-baik sahaja.


“Jika perkara itu terjadi (jodoh), saya tidak akan sorok daripada media dan peminat,” katanya kepada Harian Metro.

Suka betul dia bila orang berteka-teki mengenai perhubungannya, ya. Nampaknya, peminat 'FattZura' terpaksa akur dengan jawapan Fattah itu.


Dalam masa sama, Fattah mengesahkan dia akan berangkat pada 15 november ini untuk menunaikan umrah. 

"Kalau ditanya pasal jodoh, saya terima saja siapa bakal isteri saya. Mungkin dengan Fazura atau dengan siapa saja.

"Bagi saya usia bukan ukuran. Doa saja yang baik-baik," katanya.

Hm, penat juga 'bermain' teka-teki mengenai perhubungan FattZura ini. Jadi ke tak, agaknya? Apapun, doakan sahajalah yang terbaik buat mereka ya. 
Sumber: CARI forum
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==