Dibiarkan Anak Kencing Dalam Mangkuk Restoran, Ibu Pula Sibuk Dengan Telefon Bimbit


Seorang wanita yang menyuruh anak lelakinya kencing dalam mangkuk yang telah digunakan, sementara dirinya sibuk bermain dengan telefon bimbit.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan sebelum itu telah meminta si ibu membawa dia ke tandas beberapa kali. Malangnya wanita terbabit enggan berbuat demikian.

Oleh kerana terlalu sibuk dengan telefon bimbitnya, dia bertindak menyuruh anaknya anaknya kencing dalam mangkuk yang telah mereka gunakan, sementara dia bermain dengan telefonnya tanpa menghiraukan kanak-kanak itu.

Namun tindakannya itu disedari oleh pelanggan di restoran itu lalu menegur perbuatan wanita berkenaan. Bagaimanapun, si ibu dengan beraninya menjawab


“Tak kisahlah sebab mereka (restoran) tetap akan cuci mangkuk itu nanti,” katanya.

Setelah mereka beredar, seorang kakitangan premis tersebut yang sudah bekerja lebih dari 10 tahun berkata, ini adalah kali pertama dia berdepan dengan masalah seperti ini. Malah dia juga tidak faham apa yang bermain di fikiran si ibu berkenaan.

Bagi menangani insiden itu, pihak restoran mengambil keputusan untuk membuang segala pinggan mangkuk yang digunakan oleh dua beranak itu.

“Kami benar-benar tidak faham kenapa dia tak bawa saja anaknya ke tandas. Sedangkan premis kami menyediakan tandas untuk pelanggan di setiap tingkat.

Di media sosial pula, netizen mengkritik sikap tidak bertanggungjawab si ibu dan bimbang jika perangai buruk wanita itu akan diwarisi oleh anaknya kelak.

“Pihak restoran patut senarai hitamkan wanita itu kerana disebabkan orang seperti dialah sesetengah restoran tidak membenarkan anak-anak kecil masuk ke restoran,” kata netizen.

Sumber: Aliff Channel
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==