Cuba Menyorok Bawah Katil, Duda Ditangkap Khalwat Bersama Janda


Apabila disebut masalah sosial seperti kes buli, pergaulan bebas, dadah, hubungan bebas sebaginya, golongan remajalah yang seringkali dikaitkan.

Namun, sedarkah kita bahawa sebenarnya masih ada juga golongan lain yang turut terlibat dalam kes-kes seperti ini.

Seperti halnya kisah ini, seorang lelaki berusia 40 tahun telah ditangkap dalam keadaan mengaibkan bersama seorang wanita berusia 27 tahun selain turut berada di bawah pengaruh dadah.

Lelaki dan wanita yang masing-masing merupakan duda dan janda itu telah ditahan di sebuah bengkel mengecat kereta bertempat di Kampung Sentosa, Besut oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).


Kedua-dua mereka yang tidak didedahkan identiti itu telah diserbu pihak AADK selepas mereka mendapat maklumat mengenai penyalahgunaan dadah daripada orang awam di bengkel berkenaan.

Semasa diserbu, janda itu ditemui berkain pelekat dan duda tersebut pula sedang cuba menyembunyikan dirinya di bawah katil. Wanita itu mengakui pernah berkahwin sebanyak 2 kali sebelum ini dan mempunyai seorang anak yang kini dijaga oleh bekas suami pertamanya.

Ketua Pegawai AADK Besut, Normayati Mat Nawi berkata pasangan berkenaan juga ditemui di bawah pengaruh dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati pasangan itu positif dadah jenis methamphetamine.”

Tidak cukup dengan itu, mereka juga didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk yang melibatkan dadah di Kelantan. Mereka berdua telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Harian Metro
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==