"Kahwin Dua, Saya Bukan Yang Terbaik.." - Pendedahan Ashraf Muslim Tentang Perkahwinannya
Pelakon Ashraf Muslim sering menjadi tumpuan kerana mempunyai dua orang isteri.
Jika dilihat perkahwinan Ashraf Muslim dan isteri-isterinya, mereka begitu bahagia sekali.
Namun pelakon ini masih lagi merasakan dirinya masih belum layak untuk diangkat sebagai "ikon poligami".
Malah dia berkata poligami merupakan tanggungjawab yang besar dan dia masih belum layak.
Ini komennya:
"Apabila sudah ada tanggungjawab yang besar ni, kita sendiri pun kenalah disiplinkan diri. Kalau suami tak bijak dan tak sabar, susahlah untuk dapat kebahagian dalam rumah tangga"
"Bagi saya, kita kena bijak membahagikan masa antara kerja, dengan isteri juga kawan-kawan"
"Kalau ada orang anggap saya ini ikon, saya bukanlah yang terbaik. Saya pun menjadikan nabi Muhammad sebagai contoh. Baginda lah ikon dan paling terbaik untuk kita semua contoh"
Walau apapun, Ashraf akui bersyukur dengan rezeki dan kebahagiaan yang diberikan buat masa ini.
Untuk pengetahuan, Ashraf Muslim berkahwin dengan isteri pertama iaitu Noor Dayana Lokman pada 2011 di Mekah.
Kemudian pelakon ini mencetuskan kontroversi apabila berkahwin kali kedua dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 2013 di Selatan Thailand.
Ashraf Muslim kini mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya.