"Tengok 5 saat pun rasa naik angin, penari wanita pakai baju putih ketat.."
Ini tentang pandangan seorang lelaki bernama Dr Syahr Musafir yang mengkritik persembahan secara langsung di TV3.
Persembahan itu ialah nyanyian Alitimet berjudul Amboi Amboi Amboi ketika Anugerah Bintang Popular minggu lalu.
Dr Syahr Musafir kecewa kerana lagunya amat penuh dengan mesej tetapi ketika persembahan live, 5 saat tengok pun dah naik angin.
Ini ekoran para penari berpakaian ketat yang terkinja-kinja di ats pentas.
Jom baca:
Sekali-sekala semasa memandu saya tukar siaran radio ke Hot FM, Suria FM, nak dengar-dengar juga lagu-lagu yang popular dalam kalangan masyarakat Malaysia sekarang. Hemat saya, kalau lagu tak popular, takkanlah radio-radio tu nak pasang, betul tak?
Tertarik dengan sebuah lagu Amboi, Amboi, Amboi. Dengar sikit-sikit je, tak sempat dengar penuh. Gigih saya google tentang lagunya. Lagu #Amboi nyanyian #Altimet.
First step, baca lirik dulu. Liriknya boleh tahan, sebuah lagu sindiran dan kritikan yang mampu membuat masyarakat tersentap pada beberapa poin. Boleh tahanlah. Seronok kita tengok ada orang buat lagu baik-baik, ada mesej.
Second step, nak dengar lagunya, cari di Youtube. Keluarlah video dan saya pun tengoklah "Altimet - Amboi Amboi Amboi Live ABPBH 2017".. Menarik ni, dok expect akan samalah dengan persembahan lagu "Assalamu'alaikum" oleh Faizal Tahir dulu (yang mengisahkan senario Syria, Palestin dan sebagainya. Atau kalau tidak sebegitu, adalah sekurang-kurangnya mesej yang baik dalam video berdurasi lebih 3 minit itu.
Alkisahnya, tengok 5 saat pun rasa naik angin dah.
Ada penari-penari perempuan berpakaian putih ketat seluruh badan terkinja-kinja menari di atas pentas. Ya, terkinja, macam cacing kepanasan. Tak tahulah gaya menari apa, tetapi sakit mata menengoknya.
Audien boleh tahan, menyanyi sama. Yang bertudung tak kisahlah artis atau orang ramai (saya pun tak kenal) pun berhenjut-henjut kepala semacam enjoy dengan persembahan. Yang lelaki tak terkecualilah, nampak enjoy benar. Dua muka yang saya kenal, #AlifSatar dan #Mathlutfi pun tampak enjoy je.
Bukan kerja saya nak kritik lagu orang, persembahan orang. Malas dah, bukan orang tak tahu buruknya event dan rancangan-rancangan hiburan sebegini. Lebih-lebih lagi #ABPBH #ABPBH2017. Maksiatnya, lagha-nya, kita semua dah tahu. Tinggal nak join, tak nak join, je.
Lagu itu walaupun berbentuk kritikan, namun ia tetap sebuah nasihat. Dijadikan sebagai sebuah lagu. Dinyanyikan oleh seorang penyanyi rap. Sementelah dengan itu, si penyanyi menjadi SI PEMBERI NASIHAT. Dan kerana inilah saya merasakan orang kita sekarang telah menjadikan NASIHAT sebagai sesuatu yang sensasi.
Sensasi sebab apa? Mesej-mesej dijadikan nasihat gaya sindiran, disampaikan oleh penyanyi, dipersembahkan dengan TARIAN dan JOGET ENTAH HAPE-HAPE. Ketatnya pakaian penari-penari wanita (gadis) tak payah nak ceritalah, jogetnya pula dah nampak macam tarian monyet tergigit cili dah, terkinja macam nak terkencing pun ada. Adakah kena buat persembahan gaya sebegitu baru boleh menyampaikan mesej?
Atau mesej boleh dibuang ke bakul-sampah asalkan audien terhibur dengan aksi-aksi lincah di pentas, walaupun aksi nampak macam melampaui batas?
Apabila nasihat hanyalah sebagai HIBURAN *menyedihkan
Saya bukan artis, saya tak tahu dunia artis. Tetapi sebagai seorang manusia, saya sangat yakin SI PENYANYI boleh menetapkan jenis persembahan. Letaklah apa pun, tetapi bukan penari-penari sebegitu. Kalaulah penari itu lelaki, pun dah boleh buat sakit mata. Ni perempuan, aiseyman.. Kalaulah penyanyi dan si tukang tulis 'lirik nasihat' pun bersetuju dengan persembahan sebegitu, nampak sangatlah tulis lirik untuk sensasi semata-mata, bukan nak berikan mesej mendalam supaya orang berfikir.
Nak sampaikan mesej yang baik, buatlah baik-baik. Kalau bercampur baik dengan tak baik tu, apa hasilnya?
Hiburan semata-mata.
Malaysia oh Malaysia, tak habis-habis dengan hiburan melalaikan.
Wahai anak-anak muda sekalian,
Sudah-sudahlah berseronok gaya orang jahil. BERPINDAHLAH, BERUBAHLAH, BERHIJRAHLAH. Tak perlu sokong pun benda-benda gini. Ramai-ramai kita kritik siaran TV sebegini. Biar penyiar-penyiar semuanya rasa malu nak tayang benda-benda sebegini lagi. Akhirnya, yang baik-baik je akan ditayangkan.
"siapa makan cili dia rasa pedas
siapa rasa pedas kata aku main cakap lepas
...
eh tak baik tau, pedas kaw kaw
eh tak leh gurau, duduk surau" - Lirik "Amboi"
Mak ayah dan cikgu-cikgu di sekolah habis usaha nak sampaikan mesej baik-baik kepada anak-anak, hiburan-hiburan di TV senang-senang sebar mesej MEROSAKKAN orang. Aduiii~~~ #TV3
Nota: Kalau anda tak pernah tengok video ni, saya rasa tak perlu tengoklah. Tak untung pun tengok.
Dr Syahr Musafir #MengkritikBukanMenghukum
Page Inspirasi Dr Syahr Musafir & Rahimah AR
PageBisnes Zawjah Islamic Fashion oleh Rahimah Ab.Rahman
Itu adalah pandangan peribadi dari Dr Syahr Musafir