Zed Zaidi Tampil Beri Respon Isu Pergaduhan Nora Danish Dan Fasha Sandha
Zed Zaidi telah tampil memberi komen tentang isu Fasha Sandha yang sedang berperang kenyataan dengan Nora Danish.
Presiden Seniman ini berkata pergaduhan ini berlaku kerana salah infomasi daripada pihak penganjur itu sendiri.
Dari pengalaman Zed Zaidi sendiri, dia pernah bekerja dengan kedua-dua pelakon itu dan katanya, Fasha dan Nora sememangnya antara selebriti yang bersikap profesional.
Oleh itu, Zed berharap pihak penganjur bertanggungjawab tentang hal ini dan harus memberitahu kepada orang ramai.
Ini komen Zed Zaidi:
“Konflik antara mereka berlaku sebab persepsi dan salah infomasi. Orang ini cakap macam ini, orang itu pula cakap macam itu.
“Saya kenal dua-dua selebriti ini. Mereka orangnya beretika dan perkara ini takkan jadi kalau pihak penganjur tidak masuk campur.
“Kalau pihak penganjur profesional, insiden persengketaan ini tidak akan terjadi.
“Dalam hal ini, kita kena ambil kira cerita semua pihak sama ada daripada Fasha, Jakel, pihak penganjur dan Nora.
“Pihak penganjur pun kena terangkan hal sebenar kepada semua peminat sehingga menyebabkan Fasha mendakwa sedemikian di Instagramnya,”
Presiden Seniman ini akan bertemu dengan pihak penganjur acara Fenomena Aidilfitri 2017, Glass Go Media bagi membincangan isu ini.
Jadi kita tunggu kenyataan dari Zed Zaidi pada hari Isnin ini.
Untuk pengetahuan, Zed pernah menjadi orang tengah apabila dua artis popular iaitu Anzalna dan Neelofa berperang kenyataan tidak lama dulu.
Kedua-dua artis itu kemudian telah berdamai.