Kes Bunuh Zulfarhan: Suasana Tegang Hiba, Keluarga Tertuduh Menangis Dengar Pertuduhan Anak
Suasana di mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur dilihat tegang, sesak dan penuh tangisan hari ini kerana perbicaraan bagi kes bunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Di mahkamah memang ramai ahli keluarga dan saudara lima pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa bagi siasatan kes tersebut.
Pertuduhan itu berlangsung pada pukul 2.45 petang dan kesemua tertuduh di bawa masuk ke dalam kamar mahkamah dengan masing-masing tangan bergari.
Kemudian, ada beberapa wanita dipercayai ibu kepada tertuduh yang menangis teresak-esak selepas mendengar pertuduhan yang dibacakan.
Para pelajar yang didakwa itu memandang ke arah orang yang hadir bagi mencari-cari ibu dan bapa mereka sambil bergenang air mata juga menambah suasana pilu dalam mahkamah.
Lima penuntut UPNM hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh Zulfarhan pada Mei lalu setelah didera dan dipukul.
Seorang lagi penuntut universiti berkenaan didakwa bersubahat dengan lima tertuduh terbabit.
Mereka didakwa membunuh Zulfarhan di Bilik 04-10 Blok Penginapan Asrama Jebat, UPNM Sungai Besi.
Kejadian kes pukul itu berlaku di antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi, pada 22 Mei lalu.
Untuk pengetahuan kes, Arwah Zulfarhan, 21, merupakan penuntut tahun ketiga jurusan kejuruteraan elektrik UPNM.
Kadet Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun, selepas dihantar untuk mendapatkan rawatan oleh beberapa rakannya.
Zulfarhan memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di dada, tangan dan kakinya, dipercayai didera dengan teruk.
Sumber: malaysiagazzete