Dugaan, Aliff Syukri Kena Samun Dengan Pembantu Rumah
Dugaan Ramadhan buat Aliff Syukri apabila seorang pembantu rumahnya telah mencuri.
Walaupun Aliff Syukri melayan dengan baik pembantu rumahnya itu, namun itu yang dibalas kepadanya, dengan mencuri.
Memang marah Aliff Syukri dan ingin membawa bibiknya itu ke balai polis namun dilarang isterinya kerana pembantu rumahnya itu merayu-rayu.
Pembantu rumah itu mencuri wang tunai dan tudung sutera bertatahkan batu swarovski asli dari Italy.
Aliff Syukri berjaya menangkap pembantu rumahnya pagi tadi dan memang mengamuk.
Pendedahan ini dibuat oleh Aliff Syukri di laman media sosialnya pagi tadi.
Ini komennya:
Bibik pencuri dia ingat dia bini aku. Saya dah bagi bermacam-macam kemudahan baju raya, duit raya, duit belanja untuk anak-anak dia. Dia tak buat keja pun saya tak marah ini yg di balas dengan saya. korang rasa apa patut saya buat.
Di laman komen rata-rata meminta Aliff Syukri membuat report polis untuk menangkap pencuri terbabit.
Sebelum ini, Aliff Syukri pernah disamun oleh 2 orang pembantu rumahnya dari Indonesia dan pernah membuat laporan polis pada tahun 2014.
Mungkin ini dugaan buat Aliff Syukri di bulan Ramadhan. Semoga bersabar.
Ini antara gambar ketika ditangkap: