Kereta jadi rumah, dimana pihak berwajib?


MELAKA - Seorang wanita bersama lima anaknya terpaksa tinggal di dalam kereta sejak empat bulan lalu apabila usahanya memohon rumah kerajaan menerusi Lembaga Perumahan Melaka (LPM) sehingga kini masih belum menerima sebarang jawapan.

 Siti Hajar Saadon, 46, berkata, sebelum ini, terpaksa tinggal menumpang di rumah kenalan dan saudara mara di beberapa lokasi di sekitar Tanjung Kling termasuk pernah menduduki rumah yang disediakan kerajaan negeri di bawah program Rumahku Syurgaku (RKSK). Menurutnya, impiannya untuk mendapat sebuah rumah yang selesa tidak pernah padam, malah beberapa kali berusaha pergi ke agensi perumahan terbabit untuk bertemu dengan pegawai berkaitan tetapi sehingga kini hasrat itu masih samar.
“Jadi terpaksalah saya menjadikan kereta ini sebagai rumah. Kereta inilah menjadi tempat simpanan pakaian, makanan, ada dapur serta ubat-ubatan bila saat diperlukan.


“Setiap kali bila hendak mandi, buang air atau menyalin pakaian kami terpaksa mencari tandas awam atau menumpang mana-mana surau. Kami tidur di merata tempat,” katanya ketika ditemui di Tanjung Minyak di sini, semalam. Sementara itu, masalah wanita berkenaan dirujuk Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri Melaka, semalam.

 Pengarahnya, Amir Hamzah Abdul Aziz berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada LPM bagi mengetahui status permohonnya. “Kami sedia memberikan sokongan permohonan wanita terbabit untuk mendapatkan sebuah rumah menerusi LPM. “Bagaimanapun, sekiranya dia inginkan rumah segera, kita sedia mengusahakan bantuan bayaran deposit bagi mendapatkan sebuah rumah sewa untuknya,” katanya.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==