Telur Goreng Dibaca Al-Rukyah yang baru beli di kedai makan Keluarkan Darah


Kisah ini terjadi pelapor sendiri pada minggu lepas. Yang mana menerusi inbox akaun peribadi penulis, sahabat penulis, Mohamad Ridzuan Bin Nasir, 27, memberitahu ada sesuatu perkara yang sukar dipercayai telah berlaku hari ini. Diberitahu kepada penulis untuk melihat status terbaru yang dimuat naik menerusi akaun facebooknya. Lalu penulis kehairanan apa yang menarik sangat dengan status barunya itu.

 Penulis pun menjenguk akaun dia dan mendapati terdapat beberapa keping gambar nasi bungkus dan telur goreng di hadapan monitor sebuah komputer yang sedang memainkan bacaan Al-Rukyah menerusi Youtube. Berikut adalah apa yang ditulis mengenai gambar tersebut:

Waktu beli makanan tadi dah tgk telur goreng atas bawah semuanya ok. sampai ofis makan depan PC buka bacaan Rukyah telur berubah bertompok merah seperti darah. Kuasa Allah memelihara dari pelaris yg kotor dari memasuki badanku... Subhanallah... Maha suci Allah...



Bagaimanapun ada beberapa komen yang mendakwa itu mungkin kicap, namun perkara tersebut dinafikan olehnya.


Selain itu ketika berbual dengan penulis, ketika awal membuka bungkusan makanan tersebut dia sudah membelek bahagian telur itu dan pada ketika itu tiada pun bintik-bintik darah tersebut. Kemudiannya dia membuka Youtube dan memainkan bacaan ayat tersebut kerana dia sememangnya gemar mendengar bacaan-bacaan ayat suci Al-Quran ketika tinggal serumah bersama penulis suatu ketika dahulu.

 Dia kemudiannya meninggalkan nasi bungkus yang telah dibuka bersama bacaan itu dan ke dapur untuk membancuh air minuman. Setelah dia kembali untuk menjamah makanan itu lalu terkejut melihat apa yang sudah berlaku kepada lauk telur yang hendak dimakannya. Bintik-bintik merah seperti darah beku itu muncul rata-rata pada bahagian permukaan.



 Bagaimanapun tidak semua percaya akan perkara itu dan ramai juga yang menafikan apa yang terjadi itu kerana bacaan tersebut dan menganggapnya sebagai kicap. Dia juga telah dihubungi oleh pihak myMetro berhubung perkara ini dan menurutnya, "Saya tidak memaksa sesiapa untuk percaya. Saya hanya berkongsi kejadian yang berlaku supaya orang lain berhati-hati apabila membeli makanan.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==