Penduduk Kecewa Mandi dan Minum Air Mayat Mereput Dari Dalam Tangki




Penemuan satu mayat di dalam tangki simpanan air di satu blok perumahan kondominium di Bukit Damansara menjawab persoalan penduduk yang bingung dengan bau busuk air yang digunakan oleh mereka. Mayat itu dijumpai oleh pekerja kondominum berkenaan yang menyelenggara kondominium itu pada jam 9.35 malam selepas penghuni kawasan tersebut membuat aduan berhubung air yang keluar dari paip rumah mereka berbau busuk.

 Salah seorang penghuni, Abbas, 23, yang terkejut dengan berita itu berkata air di rumah yang didiaminya lebih dari setahun itu mengeluarkan bau busuk seakan-akan bau air limbah sejak Ahad lepas.

Tambahnya, walaupun air itu berbau sedemikian rupa, dia dan rakan serumahnya tidak mempedulikan perkara itu kerana menggangap paip rumah mereka yang berkarat.
“Sudah lima hari kami minum dan mandi dengan air tersebut. Hanya kelmarin (Rabu) kami tahu bau pelik dan busuk itu akibat ada mayat dalam tangki berkenaan selepas mendapat notis gangguan air.

 

“Saya difahamkan pihak pengurusan telah membersihkan tangki itu,

” kata pelajar Universiti Help itu memetik laporan dari Kosmo! Difahamkan blok kondominium itu didiami oleh lebih kurang 1000 penghuni
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==