Pulau Cantik dengan laut membiru Merupakan Antara Pulau yang Dilawati dengan Tiket "NYAWA"




Jika dilihat kecantikan Pulau Sentinel Utara ini dari udara pasti ramai akan terpesona dan perasaan ingin mengunjungi pulau ini akan timbul apabila melihat pasir putih di tengelami air yang cukup jernih. Tetapi tahukah anda pulau ini merupakan antara pulau yang paling bahaya untuk dilawati. Bukan kerana faktor muka bumi ataupun gangguan binatang bus tetapi kerana penduduknya.



 Pulau Sentinel Utara yang terletak di Lautan Benggal berhampiran Laut Andaman ini didiami oleh suku kaum Sentinelese yang amat misteri kerana data yang disimpan tentnang mereka amat sedikit. Mereka memang tidak mengalu-alukan orang luar. Bukan sahaja pelancong tidak berani ke pulau ini malahan nelayan pun tidak berani untuk mendekati persisir pantainya. Pelawat yang menghampiri pantai pulau ini akan diserang oleh penduduk pulau ini yang dikatakan tidak menerima peradaban moden dengan meneruskan hidup secara tradisional.



 Pada tahun 2006 dikatakan terdapat dua orang pemancing telah ke pulau ini untuk memancing ikan tetapi akhirnya telah mati dibunuh. Malahan terdapat sebuah helikopter yang membuat tinjauan rendah disini telah diserang dengan panah api dan batu. Pulau Sentinel utara yang terletak di dalam kawasan rantaian pulau milik India di Kepulauan Andaman ini dikatakan telah didiami oleh suku asli sejak 60 ribu tahun dulu yang memang tidak menerima orang asing.
Pada Januari 2008 ada sukarelawan telah pergi ke pulau ini untuk mencari maklumat tetapi tidak turun dari kapal kerana tidak berani dan hanya memberikan makanan dengan membaling ke pantai yang dikutip oleh kaum asli tersebut. Ia merupakan satu sejarah bagi mereka kerana tidak ada orang yang berani pergi sedekat itu dan cuba berhubung dengan kaum Sentinelese ini.



 Selepas kejadian tsunami besar 2004 penduduk di Pulau Sentinel Utara ini juga dikatakan terjejas tetapi tidak ada maklumat yang diperolehi. Jumlah penduduk di pulau ini pula ada yang menganggarkan dalam ratusan orang. Sering dirujuk sebagai 'Zaman Batu suku', suku kaum Sentinelese mungkin merupakan puak yang paling terpencil di dunia dengan kerajaan India tidak mahu masuk campur dalam urusan mereka. 

Berdasarkan sumber, kerajaan India telah cuba menjalin hubungn dengan suku kaum ini tetapi gagal.

VIDEO Pulau Sentinel


close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==