Kopitiam Hidang “Mee Lipas” kepada Timbalan MENTERI adakah Geram Menjadi Punca??




Kopitiam Hidang “Mee Lipas” kepada Timbalan Menteri adakah Geram Menjadi Punca?? kita Biasa mendengar kes-kes objek jijik ditemui dalam makanan sebelum ini.

 Namun apa yang mengejutkan apabila situasi ini turut menimpa orang kenamaan yang merupakan timbalan menteri. Berita menjadi kecoh apabila Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dikatakan terjamah ‘Me Lipas’ di sebuah kopitiam, petang semalam.

Saravanan yang marah dan terkejut dengan penemuan menjijikkan itu meluahkan rasa tidak puas hati di laman Facebooknya menerusi status berbunyi:

 “Tadi saya bersama dengan kawan-kawan makan Mee Udang di Old Town White Coffee di Subang Airport Sky Park. Saya terkejut dan marah apabila ternampak lipas dalam Mee Udang.”

Bagaimanapun tinjauan terbaharu kami mendapati Saravanan telah menyunting statusnya kepada:

 “Tadi kawan-kawan saya makan Mee Udang di Old Town White Coffee di Subang Airport Sky Park. Terkejut dan marah apabila ternampak lipas dalam Mee Udang.” 

 Saravanan turut merakam bukti penemuan gambar lipas yang mati dimasak dalam mi tersebut bersama dengan resit bayaran. Dipercayai, Naib Presiden MIC itu bersama rakan-rakannya hanya menyedari kewujudan lipas itu selepas hidangan hampir habis dimakan.

 Tak kira sama ada Saravanan sendiri atau kawan-kawannya yang melalui pengalaman ini, sekiranya benar maka ia sudah pasti satu ‘mimpi ngeri’ buat pelanggan yang menjamu selera di kopitiam dimaksudkan. Dalam pada itu, ramai pengguna sosial mendesak Saravanan mengambil tindakan terhadap premis berkenaan malah ada yang mendakwa pernah melalui pengalaman sama.

SUMBER 
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==