Pengantin Lelaki 71 Tahun Ini Pengsan Selepas Lihat Wajah Bakal Isteri Terlalu Cantik!

Seorang lelaki 71 tahun pengsan ketika diakad nikah malam kelmarin sebelum mengaku ia kerana beliau teruja sebaik terpandang wajah bakal isteri.

Pengantin Lelaki Pengsan Selepas Lihat Wajah Bakal Isteri Terlalu Cantik

“Saya terkejut hingga pitam sebaik melihat wajah bakal isteri yang cantik selepas disolek pada majlis akad nikah semalam (kelmarin) .”

“Bagaimanapun, Alhamdulillah majlis itu selesai selepas saya berjaya melafazkan akad nikah kali ketiga,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan (RSK) Taman Kemumin, di Kelantan, Idris Laboh, 71, yang bertemu jodoh dengan Rohani Lee Abdullah, 53, juga penghuni RSK .

Pengantin Lelaki Pengsan Selepas Lihat Wajah Bakal Isteri Terlalu Cantik

Idris atau lebih dikenali sebagai Pak Yeh selamat diijabkabulkan dengan Rohani pada jam 5.30 petang kelmarin dan bersanding semalam serta diraikan 117 penghuni dan kakitangan RSK.

Bagaimanapun, pada 2004, suami pertama Rohani meninggal dunia sebelum bertemu jodoh dengan Idris .Idris yang berasal dari Kampung Pangkal Canggung, Machang, berkata, dia terpikat dengan Rohani selepas ditempatkan di rumah perlindungan itu pada November tahun lalu.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==